CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday, 19 September 2018

Roti Canai (Resepi / Recipe)



Credit to- 
Normarliana Abu Bakar

Modal tak besar....
1- Tepung gandum (4 cawan- Tepung Bunga Ros)
2- Telur (sebiji)
3- Gula (sesudu makan)
4- Air (secawan)
5- Garam (setengah sudu kecil)
6- Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng

Bajet semua dalam rm5 lebih ikut berapa harga mahal murah barang kat kedai 



Mula - mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

*tak perlu masukkan yis
*telur= telur putih and kuning ( campur )



Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya ) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.



Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.

Soalan : guna majerin boleh?
Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

Soalan : Klau peram lebih 2jam boleh ke???buat sebelum tdo
Jawapan : kurang xpe. Jgn lbh. Klu lama sgt tepung tu lembik




Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar.
Dulang besar yang ditenggek atas baldi.
Dulang kecil untuk letak roti canai.




Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

Soalan: Mcm mana taknak bagi koyak?ke kena lama sikit?
Jawapan : saya leperkan pastu biar kejap dlm 1@2 min. baru tebar perlahan - lahan






Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan - lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

Tips menebar: cuba leperkan dulu tepung, tgu sekejap baru tebar. sbb bila tgu kejap ni doh jd lagi lembut. dlm 1-2 minit je. pastu tarik pelan2



Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.



Tebar besar sampai lebih saiz dulang nasi ambeng.


Lipat sisi pertama.


Lipatan kedua.



Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.



Roti canai digoreng dengan gembira.


Soalan : Goreng pake minya ka ini, soalnya kelihatan tida ada minyaknya
Jawapan : minyak sedikit saja

Soalan : Ni grng pkai kuali biasa dpt kh?
Jawapan : boleh


Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u.

Selamat berjaya!



Menu tengah hari. Roti kosong, roti telur dengan kari ayam. 
Makan panas - panas dengan anak yang baru balik sekolah memang tersedaplah di dunia hahaha.


No comments:

Post a Comment

comment.comment.comment