CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday 29 December 2019

Cara buat whipping cream homemade

Whipping cream homemade.. Senang je nk buat rupanya😁Ambik resepi dari ahli group ni jgk..kalau beli kat luar mahai ni..buat sendiri puas hati jimat
**************
Whipping cream homemade
Bhn2
1 sb ovalet
4 sb susu tepung
5 sb susu pekat (sy letak 4 sudu ja)
3 sb gula (sy letak 2 sudu)
1 bekas ais batu(ketuk2 biar ketulan jd kecil mudah nak mix...anggaran 8 - 10 ketul ais kiub)
~satukan semua bahan kacau sebati terlebih dulu
~guna kelajuan paling perlahan dulu ya...dan pastikan pakai cover
~naikkan kelajuan apabila bunyi ketulan ais makin berkurang dan hilang
~mix sampai kental

Selamat mencuba



Saturday 28 December 2019

PETUA PECAHKAN BATU KARANG

#petua pecahkan batu karang
(Cara mudah dan sng didapati)

Saya bersembang dgn someone tadi bila dia cakap dia maybe ada batu karang sbb sakit pinggang.

Tetiba i teringat this thing. Kinda natural remedy. Takdelah tak sdp mcm petua lain, blh tahan sedap rasanya.
Perhaps it will help. Petua dari makcik arab di germany.

- Ambil half lemon, perahkan juice nya
- Masukkan 2 sudu virgin olive oil
- Masukkan air half cup

Minum setiap pagi, 15 mins before makan apa2.

make sure perut kosong utk lemon tu bertindak pecahkan batu dan olive oil sbg pelincir.

It will help to break the batu karang n jadi kecik2 selepas 3-4 hari minum. So blh keluar dgn urine.

Credit : Emma Wan Noordin




JENIS- JENIS TEPUNG BERAS DAN KEGUNAANNYA

PATUTLAH BUAT KUIH KEKADANG JADI, KEKADANG TAK JADI....INI SEBABNYA 😂

TEPUNG BERAS🤔
------------------------
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH🔥
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH🔥🔥🔥
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH🔥🔥🔥🔥🔥
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI⭐️
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup


Monday 23 December 2019

RESEPI CHEESEKUT

Ni bahan-bahannya...

Tatura cream cheese small
Fresh milk (any brands)
Nestum
Susu pekat
Biskut kosong (any brands)


Potong cream cheese mcm ni supaya tak membazir 😂 Then masukkan semua dalam blender.



Tuang setengah tin susu pekat

 




5 sudu fresh milk



Masukkan kesemua bahan td dlm blender
 





Then blend blend blend.
Dah siap blend akan dpt texture yg gebu dan likat.


Next step, rendam biskut ke dalam fresh milk. Jangan lama sangat nanti lembik




Dan susun dlm bekas mcm ni



And layer dengan adunan cream cheese tadi, kuantiti tak byk tak sikit. Sedang sedang, sapu rata



Then taburkan nestum. Then repeat balik rendam biskut, layer ngn cream cheese and tabur nestum. Then repeat balik sampai abis biskut muahahahaha..then siaaaaap!,











RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

Selamat Mencuba

RESEPI AYAM PERCIK

RESEPI AYAM PERCIK PALING SIMPLE & SEDAP

Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.

Walau apa pun, bahan asasnya adalah lebih kurang sama, dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing.

BAHAN-BAHAN

Bahan perapan:

Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam
Bahan untuk kuah:

1 cawan santan cair*
serai 4 batang*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
gula 5 sudu makan
garam sedikit
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
santan pekat (masukkan kemudian)
CARA-CARA

1. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN

Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.

2. PERAPKAN 1 JAM

Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.

Ayam yang diperap kali pertama

3. SEDIAKAN KUAH

Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.

Menyediakan kuah ayam percik

4. MASAKKAN AYAM YANG DIPERAP

Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.

5. ANGKAT AYAM & PERAP SEKALI LAGI

Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.


Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.

resepi ayam percik
Ayam yang separuh masak diperap lagi sekali

6. BAKAR / GORENG / PANGGANG AYAM

Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.

resepi ayam percik

7. SEDIA DIHIDANGKAN

Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!