CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Wednesday 10 August 2016

Syarat memohon bantuan yayasan terengganu


SYARAT-SYARAT MEMOHON BANTUAN YAYASAN TERENGGANU
1. Anak Negeri Terengganu, iaitu salah seorang ibu/bapa/penjaga RAKYAT TERENGGANU (Warganegara Malaysia) dan ibu/bapa/penjaga MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH DI DUN NEGERI TERENGGANU.
2. Ibu/bapa/penjaga pemohon yang bukan daripada rakyat Terengganu tetapi permastautin tetap melebihi 10 tahun hendaklah mendapatkan surat pengesahan daripada majikan/wakil rakyat/penghulu mukim/ketua kampung.
3. Institusi Pengajian yang ditawarkan mestilah diktiraf oleh kerajaan, diluluskan oleh jabatan Pendidikan Swasta (JPS) dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kursus pengajian sepenuh masa serta pemohon tidak bekerja.
4.Program/Kursus Latihan Kemahiran tidak layak memohon bantuan persediaan.
5.Tempoh Pengajian hendaklah tidak kurang dari SATU TAHUN.
Catatan : Bagi kes yang taraf kerakyatan dan daftar pemilih yang meragukan, sejarah persekolahan pemohon akan diambilkira dalam menentukan pertimbangan.

PENYERAHAN SALINAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Borang Pemohonan yang lengkap yang disahkan.
2. Salinan surat tawaran yang disahkan.
3. Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan.
4. Salinan surat beranak pemohon yang disahkan.
5. Salinan kad pengenalan ibu yang disahkan.
6. Salinan kad pengenalan bapa yang disahkan.
7. Surat mastautin ibu-bapa kepada yang berkenaan.
8. Salinan slip peperiksaan UPSR/PT3 (bagi asrama penuh) dan SPM/Transkrip peperiksaan terakhir (bagi pemohon IPT) yang disahkan.
9. Salinan sijil berhenti sekolah rendah yang disahkan.
10. Salinan sijil berhenti sekolah menengah yang disahkan.
11. Ibu/Bapa/Penjaga dan adik beradik kandung sahaja yang dibenarkan mewakili pemohon,sila sertakan satu SALINAN KAD PENGENALAN WAKIL.
12. Sila sertakan salinan resit bayaran RM200.00 atau cop pengesahan pendaftaran semasa mendaftar (bagi pemohonan IPTS). Bayaran melalui CDM (mesin deposit tunai) TIDAK DIBENARKAN.
13. Bagi tawaran luar negara, sila lampirkan salinan surat penajaan atau salinan tiket kapal terbang.
14. Sila sertakan salinan muka surat depan akaun BSN pelajar dan pastikan akaun tersebut aktif.

LAKSA PENANG! my own version

LAKSA PENANG! my own version


1-rebus ikan dgn  5 asam keping and air
2-tapis air tulang ikan
3-masuk dlm periuk...
4- masukkan 2 bunga kantan
5- daun kesom 1 tangkai
6- Masukkan 10 bawang merah yang dikisar bersama 2 besar ibu jari belacan bkr dan 5 sudu besar cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
7-Masukkan 3 asam keping
8-tunggu didih
9- masukkan garam

Sunday 7 February 2016

RESEPI SOS

1- SOS PENCICAH THAI

BAHAN-BAHAN DIGUNAKAN:
3 ulas bawang putih dikopek kulit.
2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
1/2 cawan gula pasir.
3/4 cawan air.
1/4 cawan cuka.
1/2 sudu besar (tbsp) garam.
1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
 

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
3. Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos . Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba


RESEPI Mayonis Homemade

BAHAN- BAHAN
-2 Biji Telur
-2Sb Cuka
-1St Garam
-2St Gula
-1 Cawan Minyak Masak

CARA- CARA
-Bland semua bahan dlm 15 minit
-Masak sekejap ,bila dah berketul ketul, tutup api
-Tapis minyak dan biarkan sejuk sekejap
-Blend smpai halus..SIAP!

Note: FOR THE BEST RESULT: USE EGG YOLK ONLY

RESEPI Variasi Laksa

1- LAKSA JOHOR

Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa

Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam ulam:

Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin

Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.

Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.

Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.

Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh.

Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang;

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.






2- LAKSA LEMAK NYONYA
 

Sumber Resepi : Che Mat Gebu

BAHAN KUAH LAKSA
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
MaDiHaA tambah sikit air lagi untuk kuah

BAHAN LAKSA

1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (MaDiHaA lebihkan)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (MaDiHaA lebihkan)
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok") (MaDiHaA lebihkan)
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. (MaDiHaA tak alih rempah dalam bekas lain sebab MaDiHaA masak terus dlm periuk (tak guna kuali).. lepas rempah dah harum tu.. tuang terus stok udang, santan dll ke dalam periuk & tambah bahan2 lain seperti biasa..)

UNTUK SAMBAL TUMIS :-
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.

UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :-
Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...

CATATAN MAT GEBU :-
Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera.





3- LAKSA SARAWAK

Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
 

Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Laksa Sarawak
bahan-bahan : 6-8 orang makan
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
 

Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :

6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.






3- LAKSA PENANG

Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.
 





4- LAKSA SINGAPURA

2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah

1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain
 


  
5- LAKSA SIAM

Bahan-Bahan:

600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan

Cara:

Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan.
Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang.
Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut, lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula.
Mayang bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun.
Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang
 





 

RESEPI Ice Cream Homemade

bahan2
1 tin tinggi susu pekat manis (3/4 tin pun boleh klau x nak manis sgt)
2 tin susu air masak
1 sudu besar overlatte
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanila
2 @ 3 sudu serbuk koko
***mixer untuk pukul susu spy kembang






td dh tuang susu pekat setin dlm periuk nie.
pastu tuang lak 2 tin air masak .sukat guna tin yg sama





masukkan sesudu penuh tepung jagung..
kacau rata dlm susu dan air td..
( tujuan tepung jgung dtambah supaya aiskrim x cepat cair apabila dikeluarkan nanti.)
 





kacau atas api..hingga agak2 tepung jgung td masak







  
angkat adunan td,pastu masukkan dlm bekas besar .SEJUKKAN .TGGU BETUL_BETUL SEJUK BARU BOLEH MSUKKN OVERLATE satu sudu besar . 




tambahkan juga sepenutup esen vanila ke dlm adunan td






mulalah mixer adunan susu , overlatte, esen vanila n tpg jgung td..(mula2 nmpak cikit jer...)






sedang mixer..mixer dgn kelajuan tggi..turbo..hehehe






hurhhh...dh gebu, ringan n dah penuh bekas.





lihatlah hasilnya... cam adunan kek lak.




  bahagikan kepada beberapa bahagian adunan td..
(ikut kita, nk bg berapa warna/perisa)
Nie sy dh asingkan..sebahagiannya sy nk bubuh perisa coklat..)
 






cr ni lbh bagus, coklat tu dmasak dulu...campurkan kemudian mixer sekejap...




nielah warna2 n perisa yg menjadi kegemaran sy.
coklat, pink + perisa strawberry dan vanila ( adunan asal)
 


satu tin tggi susu pekat manis boleh mghasilkan dua bekas nie ..
.hurhhh mmg berbaloi- baloi...



   





  

RESEPI Roti Bakar Cheese Sausages

Roti butterscotch
Sosej
Susu Segar
Telur 2 biji
Cheese(nak senang beli je cheese parut)






Sosej rebus dahulu ye..nak goreng pon bolehh..tp rebus lagi cepat..

 


Ok..roti harus digelek dahulu dan tekap menjadi bulat...
Susu segar 6 sudu besar di satukan dengan 2 biji telur...sosej potong kecik2



letak potongan sosej ats roti..
ok..tabur cheese ya yang dah dipotong2..last sekali tuang susu segar yg sudah dicampor telur satu persatu dan bakar pada suhu 170c dlm 15 minit..





taraaaaa!

 
 

PETUA Putihkan Gigi

Morning smua,,just nk share 1 lgi secret  utk senyuman menawan..haha,harini nk kongsi pasal 'gigi' plak..penah x korang terpikir artis2 or sape2 bila senyum dri jauh dh nmpk giginye putih melepak tanpa sedikit pn kotoran..mesti korang pikir dorang laburkn duit byk utk 1 treatment nk putihkn gigi kn..and yes!!of course mmg mahal..1 treatment lebih kurang rm80-150 utk 1 sesi treatment..tu pun leh bertahan hanya utk 1 bulan,hurmm,mybe..tapi korang larat ke 2-3 bulan nk buat treatment tu??hehe..mesti la xnk kn.. buat treatment kt klinik semata2 nk putihkn gigi mmg bazir..
So,harini sesape yg belum mandi tu,ape kata try buat treatment sdiri kt umah..hanya serendah rm1.50 mybe..depend pada kedai yg jual la kn..ok,firstly..sediakan:

1.sediakan 1 sudu soda bikarbonat
2. Lemon or limau nipis..(boleh guna limau nipis jer)

Cara penyediaan:
Ambk 1 sudu soda bikarbonat,1 hiris limau nipis(perah limau nipis tu-tgu air limau nipis tu sebati ngan soda,then korang kosok la gigi korang 2-3 minit) then,siapp..
Selamat mencuba..
P/s: bole buat 2 hari sekali utk kesan efektif..utk gusi yg jns sensitif leh try 2x sminggu..


RESEPI Chocolate Moist

BAHAN A
1 cawan gula pasir
1 cawan koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN B
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt bicarbonate of soda
1 sdt baking powder

BAHAN C
4 Biji telur di blend hingga kembang
1sdt essence vanilla

 CARA2
-Satukan semua BAHAN A dalam periuk.
- Masak dengan api yg kecik sambil sentiasa kacau.
-Bila mendidih, tutup api, Tunggu hingga sejuk sedikit, masukkan BAHAN B & C secara berselang seli. -Kacau rata. (Saya blend jek).
-Masukkan dalam mangkuk kecik2,anggaran separuh dari bekas sebab adunan akan naik bila dikukus dan kukus hingga masak.
- Pastikan air kukusan dah mendidih ya, baru kukus kek kita ni.
-Kukus dlm anggaran 10-15min.
-Tutup penutup pengukus dengan kain agar air wap tidak menitik.
-Bila dah masak, sejuk kan baru dituang topping.

# saya memang guna HANYA 3/4 CAWAN TEPUNG SAHAJA... saya tak salah type.. 3/4 cawan tepung bersamaan dengan 96gm

TOPPING CHOCOLATE CAIR
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
1 1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu cair dipanaskan
Campur semua bahan, kacau rata


                                                     Blend telur hingga berbuih





                                                Semua BAHAN A kita masukkan dalam periuk



                                                                        Kacau rata







                                                                   Masukkan dlm bekas


 




Kukus hingga masak... Lom letak topping pun dah terserlah kesedapannya









Taraaa..letak topping, tabur chocolate rice
 






RESEPI Doughnut Gebu

Campurkan sepeket yis(mauripan), 2sdb gula, 2sdb susu pekat bersama 1 cwn air suam.. biar sampai kembang mcm dlm pic 2 ye.





Dlm bkas lain campurkan 4cwn tpg gandum, 2sdb planta@marjerin, 2sdk serbuk penaik & 1sdk garam..
Ramas2 sampai jd mcm serbuk roti..



Lepas 2 masukkan campuran yis td kedlm tepung..just sebatikan je, x payah nk uli2 na..tutup bekas selama 1jam na..





Lepas 1jam doh akan kembang sekali ganda mcm ni..tumbuk2 utk kuarkan angin.





Bulat2kan doh..saya tekap pakai cawan je..
 






Dh siap tekap semua doh terus goreng je...
  


    

Dh siap goreng boleh la gaulkan donut dgn gula...







Taraaaaa dh siap donut yg sangat2 gebu & lembut...


 

RESEPI Lasagna Cheese

 
Ni bahan2nya..utk white sauce n meat sauce..bwh pic seterusnya sy terangkan satu2 ok




ok panaskan minyak zaitun/minyak masak biasa pun blh je dlm 3 sudu..tumis bawang holland sebiji,bwg putih 3ulas n capsicum (cili benggala hijau) stgh biji..tumis smp naik bau



masuk daging kisar ramly satu peket..pastikan betul2 dh lembut ye..hancur2kn dgn jari supaya xberketul






dh balik2kan daging tu,ketepi kan..masuk cili kisar (mcm biasa tu..cili kering,bwg merah n beg putih) ikut suka la nknbyk mane..letak lada hitam halus sikit..garam secukup rasa..tumis smp masak betul




masuk cendawan butang yg dipotong cam dlm gambar atas tu..ni sy beli yg dh siap potong (malas kan..haha)




dh masak kejap,masuk 4sudu besar sos spegethi cendawan/ori..letak gula stgh sudu..





letak air stgh cawan..masak dlm 3minit..siap!letak tepi    





Ni nk buat white sauce;
panaskan periuk,cairkan suku buku buttercup,masuk bwg putih yg dihiris 3ulas..







dah naik bau tumis td,masuk susu low fat/fresh milk dua cawan






masuk air panas suku cawan...masuk keju cheddar/cheese dale keping tu pun blh 4keping..ni sy pkai cheddar block suku buku..letak lada hitam halus satu camca n garam satu camca..biar masak smp cheese tu larut






masuk 3 sudu besar tepung gandum..terus kacau smp tidak berketul






macamni ya..pekat likat xmo cair sgt xmo likat sgt okey..siap!






panaskan air dlm kuali,letak minyak masak dua sudu,garam satu camca kecil..biar melegak






celur kulit lasagne smp lembut..tp jgn smp lembik sgt..cara sy lapiskan mmg cepat..smbil lapis smbil rebus kulit..jd jimat masa (walaupun ni kulit instant,tp sy dh buat try n error,mmg kene celur dulu sbb nti keras,xbest)

 



sy guna aluminium foil pakai buang tu utk bake..malas nk cuci tray..haha..1st lapisan mesti meat sauce ok..xyah tebal sgt..buat camni


 


 
sementara tu kulit td dh lembut..terus angkat n lapiskan camni






lepastu letak white sauce pulak..camni






pastu tabur mozarella cheese






pastu kulit






meat sauce balik






kulit n white sauce lagi






last skali mozarella cheese ikut la byk mane uolls suke






tadaaa..siap!






ok sambil tu panaskan oven 180•c n bila oven dh panas,bake la lasagne kita tu 30minit api atas bawah..pastu lg 5minit tu tukar api atas shj n kuatkan ke 220•c utk dapatkan permukaan yg cantik macammmmm



Niiiii...hihihi...selamat mencuba







Melty meaty cheesy walllaaaaaa Lasagna..hahhahaha