CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 1 January 2015

RESEPI Murtabak Roti

Bahan-bahan:
4 keping roti
1/2 bawang besar | hiris nipis
2 biji telur (saya guna 3 biji telur gred A)
Garam secukup rasa
Butter @ marjerin
Cili besar | hiris
Daun sup | hiris
sedikit cincangan daging ayam- yg telah di goreng dulu
Lada sulah
*Campurkan kesemua bahan di atas


Cara-cara:
1. Pecahkan telur dan gaulkan bersama bawang, cili besar, daun sup, lada sulah dan garam.(Ala2 nak buat telur dadar).Ketepikan.
2. Potong kepingan-kepingan roti jadi dadu.
3. Panaskan kuali dengan butter.Guna butter secukupnya untuk menggoreng.
4. Bila kuali sudah agak panas, baru masukkan roti tadi ke dalam bekas berisi telur.Gaul sebati.Jangan lama sangat proses ni, sebab kita tak nak roti tu resap telur terlalu banyak.Then, terus tuang dalam ceper atau kuali tadi.
(untuk proses yang ni, saya asingkan sedikit bancuhan telur. Selebihnya digaulkan dengan roti dan curahkan ke dalam kuali.Ambil pula bancuhan telur yang diasingkan pada awalnya tadi dan curah pula untuk sekian kalinya.)

5. Guna api kecil, tak nak hangus diluar, dan tak masak di dalam.Dalam 10 minit, bolehlah balikkan ia.Dah nampak kuning-kekuningan, siap!. (*time ni pandai2lah nak balikkan ye, sebab takut roti yang didadar pecah/rosak).
6. Sedap dimakan bersama cili sos.Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment

comment.comment.comment