CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, 29 December 2019

Cara buat whipping cream homemade

Whipping cream homemade.. Senang je nk buat rupanya๐Ÿ˜Ambik resepi dari ahli group ni jgk..kalau beli kat luar mahai ni..buat sendiri puas hati jimat
**************
Whipping cream homemade
Bhn2
1 sb ovalet
4 sb susu tepung
5 sb susu pekat (sy letak 4 sudu ja)
3 sb gula (sy letak 2 sudu)
1 bekas ais batu(ketuk2 biar ketulan jd kecil mudah nak mix...anggaran 8 - 10 ketul ais kiub)
~satukan semua bahan kacau sebati terlebih dulu
~guna kelajuan paling perlahan dulu ya...dan pastikan pakai cover
~naikkan kelajuan apabila bunyi ketulan ais makin berkurang dan hilang
~mix sampai kental

Selamat mencuba



Saturday, 28 December 2019

PETUA PECAHKAN BATU KARANG

#petua pecahkan batu karang
(Cara mudah dan sng didapati)

Saya bersembang dgn someone tadi bila dia cakap dia maybe ada batu karang sbb sakit pinggang.

Tetiba i teringat this thing. Kinda natural remedy. Takdelah tak sdp mcm petua lain, blh tahan sedap rasanya.
Perhaps it will help. Petua dari makcik arab di germany.

- Ambil half lemon, perahkan juice nya
- Masukkan 2 sudu virgin olive oil
- Masukkan air half cup

Minum setiap pagi, 15 mins before makan apa2.

make sure perut kosong utk lemon tu bertindak pecahkan batu dan olive oil sbg pelincir.

It will help to break the batu karang n jadi kecik2 selepas 3-4 hari minum. So blh keluar dgn urine.

Credit : Emma Wan Noordin




JENIS- JENIS TEPUNG BERAS DAN KEGUNAANNYA

PATUTLAH BUAT KUIH KEKADANG JADI, KEKADANG TAK JADI....INI SEBABNYA ๐Ÿ˜‚

TEPUNG BERAS๐Ÿค”
------------------------
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH๐Ÿ”ฅ
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental

TEPUNG BERAS CAP TERATAI⭐️
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup


Monday, 23 December 2019

RESEPI CHEESEKUT

Ni bahan-bahannya...

Tatura cream cheese small
Fresh milk (any brands)
Nestum
Susu pekat
Biskut kosong (any brands)


Potong cream cheese mcm ni supaya tak membazir ๐Ÿ˜‚ Then masukkan semua dalam blender.



Tuang setengah tin susu pekat

 




5 sudu fresh milk



Masukkan kesemua bahan td dlm blender
 





Then blend blend blend.
Dah siap blend akan dpt texture yg gebu dan likat.


Next step, rendam biskut ke dalam fresh milk. Jangan lama sangat nanti lembik




Dan susun dlm bekas mcm ni



And layer dengan adunan cream cheese tadi, kuantiti tak byk tak sikit. Sedang sedang, sapu rata



Then taburkan nestum. Then repeat balik rendam biskut, layer ngn cream cheese and tabur nestum. Then repeat balik sampai abis biskut muahahahaha..then siaaaaap!,











RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih**
2 biji bawang besar**
1 inci halia**
5 batang serai**
1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)**

**ditumbuk atau dikisar kering

1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

3. Ayam yang telah siap didaul dgn bahan kisar dan daun kari.

Selamat Mencuba

RESEPI AYAM PERCIK

RESEPI AYAM PERCIK PALING SIMPLE & SEDAP

Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.

Walau apa pun, bahan asasnya adalah lebih kurang sama, dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing.

BAHAN-BAHAN

Bahan perapan:

Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam
Bahan untuk kuah:

1 cawan santan cair*
serai 4 batang*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
gula 5 sudu makan
garam sedikit
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
santan pekat (masukkan kemudian)
CARA-CARA

1. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN

Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.

2. PERAPKAN 1 JAM

Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.

Ayam yang diperap kali pertama

3. SEDIAKAN KUAH

Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.

Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.

Menyediakan kuah ayam percik

4. MASAKKAN AYAM YANG DIPERAP

Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.

5. ANGKAT AYAM & PERAP SEKALI LAGI

Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.


Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.

resepi ayam percik
Ayam yang separuh masak diperap lagi sekali

6. BAKAR / GORENG / PANGGANG AYAM

Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.

resepi ayam percik

7. SEDIA DIHIDANGKAN

Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!



RESEPI AYAM MASAK HALIA

AYAM MASAK HALIA

Bahan-Bahan:

500 gram ayam, potong kecil
4 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
1 biji cili merah, hiris nipis
1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
minyak masak, untuk goreng ayam
sedikit lada sulah atau lada hitam
sedikit garam dan kunyit
garam dan gula, secukup rasa
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi..
Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.
Tips:
Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.


Thursday, 19 December 2019

Resepi Bihun Sup Utara

Bihun sup...

Ptg2 layan hat nie habih 2mangkuk...
Lobak masin...cabai...kasi taruk lebih๐Ÿ˜

๐Ÿ’šrenehkan air smpai mendidih(air tu agak2 bila letak bihun...bihun tu tenggelam n bleh berenang2 dalam air tu...kalau air ckit kang...bihun tu resap air๐Ÿ˜)
๐Ÿ’šbila air dah menggelegak@mendidih...
-Masukkan 1/2sudu serbuk kunyit- kacau3- pas tu masukkan bihun(cikpooja xrendam pon)
๐Ÿ’šmasak la smpai bihun tu empuk ditahap citarasa kome yea...
๐Ÿ’špasal kuning tu...xyah risau...nnt otomatik bihun tu akan kuning sbb air didih kita dah letak serbuk kunyit...
๐Ÿ’šbila bihun dah empuk elok,toskan...
๐Ÿ’špas tu jiruskan@cuco air paip utk elakkan bihun kome hanco melebur...

Sbb apa guna serbuk kunyit??
*sbb aroma dia best...
*i like

๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

๐Ÿ’œ1/2 ekor ayam@daging potong sup la na(sama je cara buat sup ayam atau daging๐Ÿ˜)
(Kalau sup tulang....renehkan tulang tu smpai empuk dulu yea..baru tumis bahan sup)
๐Ÿ’œ5,6 ulas bwg putih(tumbuk)
๐Ÿ’œseinci halia(tumbuk)
๐Ÿ’œ5sb rempah sup adabi
๐Ÿ’œdaun sup daun bawang
๐Ÿ’œbwg goreng

Jom menumih sup;
๐Ÿ’œpanaskan minyak
๐Ÿ’œtumis bwg putih n hali yg di tumbuk
๐Ÿ’œbila tumisan dah sekata n harum mewangi...masukkan rempah sup adabi...kacau2 2saat...terus masukkan air sbg kuah sup yea...(bila dah masukkan rempah sup adabi tu...jgn dibiar tertumis terlalu lama...sbb rempah sup cepat hangit...n nnt sup akan rasa lain๐Ÿ˜)
๐Ÿ’œOkeyyyyy...masukkan ayam@daging(renehkan ayam@daging smpai tahap masak yg kome suka)
๐Ÿ’œpotong daun sup daun bwg boh masuk sekali...
๐Ÿ’œmasukkan sekali 2,3 sudu besar bwg goreng dalam sup tu sekali yea...
๐Ÿ’œmasukkan garam n perasa secukup rasa
๐Ÿ’œrenehkan smpai sup tu sebati semua rasa...
๐Ÿ’œthen...siap laaaa...senang je buat sup ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Simple but nice2

๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ๐ŸŒผ

Sambal kicap

๐Ÿ’›10-15bj cili padi(cikpooja guna cabai vietnam)
๐Ÿ’›5,6,7ulas bwg putih
๐Ÿ’›2,3biji asam limau nipis(amik perahan air)
๐Ÿ’›air asam jawa(1/2cwn)
๐Ÿ’›kicap(ikut la nak hitam tara mana)

๐Ÿ’›Boh semua lam blande...
Blande jeee...
Okeyyyyy...siap๐Ÿ˜‰

Xdak sambal merah pon xpe dah...sbb rasa sambal kicap nih dah completekan rasa each other

Bahan2 hiasan...
Ikut kome laaa....
Yg penting cun

Ok...selamat mencuba


Resepi Roti Nan | Mudah

Update roti nan yang hakak buat malam tadi.

Ini adalah roti nan terbaik yang penah buat, gebu sangat!




........

Bahan untuk resepi:

Sepeket yis* (saya guna yis jenama moi,paket hijau)

Sedikit air suam*

2 sb gula pasir*

(Bancuh bahan bertanda dan biar dia mengembang)

1kg tepung gandum

1 sk garam

2 sb gula pasir

4 sb minyak masak

Air suam

Cara-cara:

1. Campurkan bahan kering (tepung, gula, garam dan minyak)

2. Masukkan bancuhan yis

3. Masukkan air suam

(Air suam ni sebenarnya anak akak dah tuang terlebih. Dia jadi lembik, lepas tambah tepung sikit dia jadi cantik pula. Kesilapan yang menjadi)

4. Adun doh 5-10 minit

5. Biarkan doh kembang 2x ganda selama 30 minit.

6. Dah naik, tekan doh dan bulatkan

7. Gelek doh dan bakar. Siap!

Selamat mencuba.

Rendang Ayam @ Daging Hijau

RENDANG AYAM @ DAGING HIJAU
.

Bahan-bahannya:
.
Seekor ayam @ sekilo daging
2 genggam cili api (warna hijau je)
2 inci kunyit hidup
1 1/2 inci lengkuas
4 ulas bawang putih
4 biji bawang besar
6 btg serai
1 inci halia
**Blend semua dengan sikit air jadikan pes**
.
Santan (1 biji kelapa)
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar kerisik
3 asam keping
Garam, gula & bahan perasa
.
Cara-cara:
.
1- Tumiskan pes tadi minyak agak-agak la..
2- dah kering sikit masukkan daun limau...
3-  pecah minyak masukkan ayam @ daging bersama asam keping..
4- dah kering sikit air ayam @ (daging boleh tambah air beberapa kali sampai empuk) masukkan santan dan kerisik..
5-  Jangan lupa perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa..
6- Taburkan hirisan daun kunyit.. ok siap!
.
Ikut la nak kering @ berkuah sikit... selamat mencuba !!