RESEPI AYAM PERCIK PALING SIMPLE & SEDAP
Seperti yang kita tahu, rahsia kesedapan ayam percik adalah pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri.
Walau apa pun, bahan asasnya adalah lebih kurang sama, dan anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menyesuaikannya dengan citarasa masing-masing.
BAHAN-BAHAN
Bahan perapan:
Ayam seekor dipotong 4 (saya guna bahagian dada saja)
5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
halia sebesar ibu jari*
sedikit garam
Bahan untuk kuah:
1 cawan santan cair*
serai 4 batang*
halia besar ibu jari*
lengkuas besar ibu jari*
20 tangkai cili kering* (rendam air panas dulu)
1 cawan air*
gula 5 sudu makan
garam sedikit
1 sudu makan bahan perasa (optional, saya guna Maggi Cukup Rasa untuk rasa manis-manis)
2-3 butir asam keping
santan pekat (masukkan kemudian)
CARA-CARA
1. SEDIAKAN BAHAN PERAPAN
Pertama sekali, tumbukkan semua bahan perapan bertanda * seperti yang disenaraikan di atas. Tumbuk kasar semua bahan tersebut dan perasakan dengan sedikit garam.
2. PERAPKAN 1 JAM
Kelarkan sedikit ayam supaya ia dapat menyerap bahan perapan. Lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih. Kalau lebih lama, lebih sedaplah rasanya.
Ayam yang diperap kali pertama
3. SEDIAKAN KUAH
Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan yang bertanda * dan kisar dengan blender. Selepas siap dikisar, didihkan di atas pemanggang, kuali, atau periuk masakan anda.
Tambahkan 2-3 butir asam keping dan perasakan dengan gula, garam, dan perasa.
Menyediakan kuah ayam percik
4. MASAKKAN AYAM YANG DIPERAP
Seterusnya, ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke dalam didihan kuah sehingga separuh masak.
5. ANGKAT AYAM & PERAP SEKALI LAGI
Selepas ayam agak-agak kecut sedikit / separuh masak, keluarkannya dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah ini selama 1 jam atau lebih.
Sementara itu, lebihan kuah yang di atas kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masakkan semua biar mesra dan bila teksturnya dah cukup pekat, bolehlah tutup api.
resepi ayam percik
Ayam yang separuh masak diperap lagi sekali
6. BAKAR / GORENG / PANGGANG AYAM
Akhir sekali, bolehlah dimasak ayam tadi mengikut cara yang anda suka. Tak kisahlah nak bakar dalam oven, panggang atas api, atau dimasak atas kuali leper asalkan ia masak sepenuhnya.
resepi ayam percik
7. SEDIA DIHIDANGKAN
Bila ayam dah masak sepenuhnya, hidangkan bersama kuah yang dibuat tadi. Nampak menyelerakan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment.comment.comment