CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 7 February 2016

RESEPI Variasi Kerabu

1- KERABU MANGGA SIAM STYLE

Bahan-bahan

6 biji mangga muda y kecil2 tu -kupas kulit dan sagat halus)
3 btg serai -di mayang halus
4 biji tomato -di potong memanjang
10 tangkai cili padi -potong halus
1 sudu besar udang kerang -d cuci,toskn dan tumbuk halus
4 sudu bsr kacang tanah -di grg tanpa minyak,tumbuk kasar
4 biji limau nipus -ambil jusnya
sos ikan @ sos sotong
gula secukup rasa

Cara-cara

-Campurkn mangga,serai,tomato dan udang kering. Gaul rata..
-Perah asam limau..masukkan sos ikan @ sos sotong dan perasakan dgn gula.
-Taburkan kacang tanah atau gaul bersama kerabu

SIAP!!!






2- KERABU MANGGA

Bahan-bahan:

mangga muda (2 biji)
daun kesum
bunga kantan (1 batang)
serai (1 batang)
kelapa parut goreng tanpa minyak (1 cawan)
bawang merah (3 ulas)
bawang besar (1 biji)
cili merah (1 biji)
cili padi (4 biji)
udang kering (2 sudu)
sos ikan (1 sudu)
jus limau nipis (1 sudu)
gula (secukup rasa)
garam (secukup rasa)

Cara:

1. Potong mangga muda halus memanjang.
2. Campurkan mangga dengan garam dan air. Gaul sebati dan biar seketika untuk kurangkan rasa masam. Toskan airnya.
3. Hiris nipis bawang merah, bawang besar, cili merah, cili padi, bunga kantan, serai dan daun kesum.
4. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan udang kering. Masukkan air limau nipis dan tumbuk sebati.
5. Masukkan mangga ke dalam mangkuk, bersama bahan ditumbuk, kelapa parut goreng, bahan dipotong, gula, garam dan sos ikan.
6. Gaul sebati dan hidangkan.







3- KERABU TAUGE BERSAMA KERANG

Bahan-bahan:

2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi

Cara:

1. Bersihkan kacang botol dan dipotong nipis kemudian bersihkan tauge dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa.
2. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya.
4. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata.
5. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.





4- KERABU SUHUN

Bahan-bahan:

1 paket suhun diredam
6 ekor udang segar (xde pun xpe)
2 ekor sotong hiriskan rings
1 biji cili merah
3 biji cili api
1 ulas bawang besar
sedikit sos ikan
sedikit sos sotong
sedikit serbuk perasa
2 biji limau dan ambil jusnya
seikat daun bawang (xde pun xpe)
1 bili tomato
lobak merah hiris

Cara-cara:

Rebus sotong, dan udang sehingga masak dan potongkan. Potong bawang merah, cili merah, cili api, daun bawang dan tomato. Masukkan suhun, Kemudian masukkan sos ikan, sos sotong, jus limau, perasa dan air bawang jerut. Gaul semua bahan tadi sehingga sebati. Sedia dihidangkan.


5- KERABU EPAL HIJAU


Bahan-bahan:

3 biji epal hijau *
segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar)
1 batang serai*
5 helai daun limau perut*
6 biji cili api*
Perahan limau/lemon
Garam dan gula secukup rasa
sedikit kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)

Cara:

1. Bahan-bahan yang bertanda * dihiris halus.
2. Campurkan semua bahan-bahan tersebut.
Digaul rata agar bercampur.
3. Akhir sekali taburkan dengan kacang tanah
yang ditumbuk tadi. Siap untuk dihidangkan.

6- KERABU PUCUK PAKU ULAM RAJA


Bahan-bahan:

1 cekak daun ulam raja (dihiris)

1 biji bawang besar (dimayang)
1 biji limau nipis (diambil jus)
garam, gula dan perasa secukupnya
1 cawan kelapa parut putih

Bahan tumbuk:
sejemput ikan bilis (saya goreng tanpa minyak sekejap)
1 biji cili merah
8 biji cili padi
1 inci belacan

Cara:

1. Daun ulam raja dihiris halus.
2. Tumbuk bahan tumbuk sehingga lumat, masukkan kelapa parut dan tumbuk lagi sehingga separa lumat.
3. Campurkan kesemua bahan yang dihiris di dalam satu bekas. Campurkan bahan-bahan tumbuk tadi.
4. Perahkan jus limau dan perasakan garamnya. Apabila sudah cukup mesra gaulannya, bolehlah dihidangkan.


7- KERABU UDANG


Bahan-bahan:

Serai
Bunga kantan
Tomato
Timun
Udang rebus
Sos nampla
Limau nipis
Garam
Gula
Letak sayur apa yang sesuai

Cara:

Masukkan semua bahan-bahan tadi, gaulkan n siap!


8- KERABU PERUT


Bahan-bahan:

250gm perut lembu-direbus sehingga lembut
tomato
bawang merah
daun selom-dihiris
kerisik kelapa
garam
gula secukup rasa
air perahan limau nipis
lada merah-dihiris
sedikit serbuk lada hitam

Cara:


Campurkan dan gaul sebati semua bahan-bahan
Sedia untuk di hidangkan.

9- KERABU TERUNG

Bahan-bahan:

2 batang terung yang agak besar-disalai atas api hingga empuk,buang kulit dan di potong2
2 sudu besar lada hitam yg di kisar
2 tangkai cili hidup di hiris
2 cawan santan pekat
1 labu bawang besar-di hiris bulat
1 biji limau nipis
garam secukup rasa

Cara:

cara sediakan mangkuk letak terung dan santan gaulkan bersama bahan2 yang di hiris,lada hitam dan garam perahkan asam limau sedia untuk di hidangkan...




10- KERABU SOTONG

Bahan-bahan
6 ekor sotong
2 biji bawang besar - potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
10 biji cili api - dipotong
3 tangkai daun ketumbar
2 batang serai - dipotong halus
1 @2 biji asam limau - perah air
1 sudu sos ikan (kalau ada)
Gula, garam dan sedikit serbuk perisa

Cara-cara
Rebus sotong seketika kemudian toskan
Dalam satu mangkuk gaulkan kesemua bahan2 yang telah dipotong
Masukkan gula, garam, sedikit serbuk perisa dan perahan asam limau
Agak2 jer ada rasa masin, sedikir manis dan masam.....
 





11- KERABU JANTUNG PISANG

Bahan-bahan :
1 biji jantung pisang (Saiz Sederhana)
1 biji bawang besar (ditumbuk bersama bawang putih dan cabai merah)
2 biji bawang putih
Cabai merah (ikut suka, kalau nak pedas maka silalah letak banyak ya...)
10 tangkai cili padi (dihiris)
1 tangkai serai (dihiris nipis)
Sedikit daun selom.
Kelapa parut (digoreng dan kemudian dikisar sedikit. Jangan kisar lama sangat, nanti jadik kerisik pulak)
1 mangkuk kecil ikan bilis (digoreng, kalau suka banyak, letaklah banyak. Kalau tak suka ikan bilis, nak ganti dengan udang kering pun boleh)
Limau nipis (ambil patinya)
Sedikit garam.

Cara-cara :
1. Jantung pisang dihiris nipis. Gaulkan bersama bawang merah, bawang putih dan cili merah yang telah ditumbuk ).

2. Masukkan pula kelapa goreng tadi. Ini diikuti dengan hirisan serai dan daun selom.

3. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit garam. Kemudian, gaulkan bersama ikan bilis goreng hingga sebati.

4. Sedia dihidang...

Selamat mencuba!
 





12- KERABU UDANG MANGGA DAN BETIK MUDA (SONG TAM PRAWN MANGGO AND YOUNG PAPAYA)

 Bahan - Bahan

6 Ekor udang segar
1 biji mangga Muda di racik halus
1/2 biji betik muda di racik halus
1/2 batamg carrot di racik halus
2 ulas bawang putih
2 cili padi thai (yg warna merah)
1 biji tomato
3 helai kacang panjang
30gm ikan bilis (yg kasar di goreng hingga rangup)
2 sudu makan gula kabung thai (saya guna gula pasir)
2 sudu makan sos nampla (sos sotong thai)
1/2 limau nipas di potong baji
3 sudu makan kacang tanah

Cara caranya
Mula mula masukkan bawang putih cili padi di tumbuk jgn terlalu halus masukkan limau nipis di racik kasar berserta kulitnya sekali masukkan ikan bilis di tumbuk lagi masukkan mangga carrot dan masukkan kacang panjang tomato di racik kasar nampla gula pasir di tubuk lagi dan kacang tanah yg di goreng gaul dengan udang yg telah di rebus seketika dan hiaskan dengan daun lettuce dan hidangkan selamat mencuba.











13- KERABU IKAN REBUS

Bahan-bahannya :

● ( Semangkuk ) 3 ekor ikan kembung (direbus dengan asam keping + Hancurkan isi)
● 2 biji tomato (Buang biji + potong memanjang)
● 1 biji bawang besar (potong)
● 3 camca serbuk beras (beras goreng + kisar kasar)
● 1 camca kerisik
● 2 camca air asam / air limau nipis

Bahan-bahan ditumbuk :
● 5 biji cili padi (Kalau nak pedas lebihkan lagi)
● 2 biji cili besar
● Sedikit belacan
● Sedikit garam

Cara-caranya :

Gaul semua bahan sehingga menepati citarasa sendiri anda dan hidang dengan nasi panas-panas
 



14- KERABU SAYUR

Bahan-bahan:

Bahan A:
1 ikat pucuk paku direbus dan dihiris
1 ikat daun kesom dihiris
1 mangkuk taugeh dibuang ekornya
6 batang kacang panjang dihiris 1/4 inci tebal
6 batang kacang botol dihiris 1/4 inci tebal

Bahan B:
4 ulas lada merah
4 ulas cili padi
sebesar ibujari belacan
sedikit garam dan gula

Bahan C:
Semangkuk santan pekat dididihkan sebentar

Bahan D:
1 labu bawang besar dihiris dan dibakar sehingga layu

Bahan E:
Kerang rebus secawan
2 sdb kerisik

Cara:


1. Bahan B dikisar sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan dikacau sehingga rata.
3. Masukkan dalam peti ais sebelum dimakan bersama nasi. Boleh juga diperah sedikit air limau kasturi jika mahu.
 





 15- KERABU KAKI AYAM

Bahan-bahan:

2 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah kecil
1 biji timun batang muda, dibuang tengahnya *
1 biji tomato
1 batang lobak merah kecil*
3 helai daun limau purut
secekak daun ketumbar
2 biji limau nipis
Garam dan gula
2 sudu sos ikan (nampla)

Cara:

1. Basuh kaki ayam sebersihnya. Rebus hingga empuk/ masak dengan sedikit garam. Toskan
2. Mayang serai, bawang, cili. Timun, tomato, daun ketumbar dan lobak merah di potong kecil. Daun limau purut dibuang tulangnya dan di racik kasar.
3. Campurakn semua bahan. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perahan limau nipis. Hidang segera
 








 

No comments:

Post a Comment

comment.comment.comment