CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 7 February 2016

RESEPI Roti Sarang Lebah

 
Bahan2
Air + 1 biji telur = 265g (timbang bersama)
Tepung roti hi protein 500g
Gula 100g
Susu tepung 40g
Butter 80g
Yis 11g
*Bread softener 1/2 sk
*Bread improver 1/2 sk
Atau yg bertanda * boleh juga diganti dgn Shortening 1sudu kecil (untuk jadikan roti gebusss)

Cara
-Masuk semua dalam bread maker. Biarkan BM uli selama 30 minit.

-Keluarkan. Bentukkan bulat2 sebesar buah langsat atau timbang 18gm. Kalau bekas kecil, saiz bola blh buat 15gm...guna penimbang digital.
-Susun dlm bekas yg telah disapu majerin.
-Biarkan dalam 1jam 30minit untuk doh mengembang 1x ganda.
-Sapu permukaan roti dgn kuning telur.
-Tabur dengan kekacang (biji labu, badam slice, bijan hitam)
-Bakar dgn suhu 160-170 selama 20-30minit api atas bawah. Doh akan naik lagi 1x ganda. Lebihkan lagi 5-10 minit jika permukaan roti belum perang kekuningan.
-Bila dah masak, keluarkan dari oven, terus sapu dgn butter supaya ia nampak kilat.
-Bila roti dah suam2, curah sos.

Sos Butterscoth

-Panaskan 1/2 cawan gula perang dengan 2 sudu besar butter..

-kacau dengan whisk hingga cair dan berbuih...
-masukkan 2 cawan whipping cream sedikit demi sedikit..kacau sebati..reneh supaya sedikit pekat....
-masukkan 1 penutup essen vanilla. Kacau rata. Tutup api.


No comments:

Post a Comment

comment.comment.comment