Bahan-Bahan
1) 4 biji kentang (saiz sederhana)
2) 250 gram daging cincang (sekeping)
3) 2 biji telur
4) 1 labu bawang besar dipotong dadu
5) Secekak daun sup / daun kucai
6) 1 sudu kecil serbuk lada sulah
7) 1 sudu kecil serbuk lada hitam
8) Garam secukup rasa
9) Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak
1) Kupas kentang dan potong dadu
2) Goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Boleh juga rebus]
3) Sementara menggoreng kentang, goreng tanpa minyak daging cincang sampai masak dan toskan.
4) Lenyek kentang yang telah digoreng tadi.
5) Potong dadu bawang besar dan potong kecil daun bawang / daun kucai.
6) Satukan daging cincang, kentang lenyek, bawang dan daun bawang/kucai dalam satu bekas.
7) Masukkan kuning telur, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Gaul sebati semua bahan.
8) Bentukkan aduanan bulat-bulat dan leperkan. Buat sehingga habis adunan.
9) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tidak perlu banyak. Hanya perlu tenggelam separuh begedil sahaja.
10) Celupkan begedil dalam putih telur dan masukkan dalam kuali.
11) Apabila sebelah bawah dah garing, terbalikkan.
12) Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.
13) Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jalanjalan cari rsepi begedil. Tq.nak try lah 😊
ReplyDeletehttp://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1