1- LAKSA JOHOR
Bahan bahan:
1 paket spaghetti - makan 10 orang
1kg ikan sardin/selayang
¾ cawan rempah kari ikan Babas
½ cawan cili kering yg dikisar
¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
½ cawan minyak masak
1 sudu besar kerisik
Garam
Serbuk perasa
Bahan kisar:
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Ulam ulam:
Timun
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
Kacang panjang
Limau kasturi
Lobak asin
Cara cara:
Ikan dibersihkan pastu kukus. Ada orang rebus tapi kalau kukus lagi
senang nak carikkan isinya. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah
dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk bubuh 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis
sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu
minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Pastu masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila
terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3
cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering
dan kerisik.
Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Spaghetti:
Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah
mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis
dan siram air sejuk sehingga hilang panasnya atau cuci bawah air paip.
Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.
Ulam ulam:
Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat
halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau
suka makan selasih boleh bubuh.
Sambal belacan:
Cili kering - rebus
Belacan bakar
Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.
Cara menghidang;
Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.
2- LAKSA LEMAK NYONYA
Sumber Resepi : Che Mat Gebu
BAHAN KUAH LAKSA
50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum
1 liter santan
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai, hiris halus*
20 g belacan, dibakar*
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)
MaDiHaA tambah sikit air lagi untuk kuah
BAHAN LAKSA
1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan
500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa) (MaDiHaA lebihkan)
200 g taugeh, cuci dan buang ekor
1 biji timun, hiris halus
2 biji bawang besar, hiris halus
2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis (MaDiHaA lebihkan)
2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok") (MaDiHaA lebihkan)
Belahan limau kasturi@limau nipis
Hirisan halus pucuk daun kesom
Hirisan bunga kantan
Sambal tumis
BAHAN SAMBAL TUMIS
1 cawan cili kisar
1 biji bawang besar*
1/2 inci belacan*
1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
1/3 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering
hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum
dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk,
panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 -
15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan
bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar
mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan
api. (MaDiHaA tak alih rempah dalam bekas lain sebab MaDiHaA masak
terus dlm periuk (tak guna kuali).. lepas rempah dah harum tu.. tuang
terus stok udang, santan dll ke dalam periuk & tambah bahan2 lain
seperti biasa..)
UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam
kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak
hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup
rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat
dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.
UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan
laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan
fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan
segera...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti
yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk
dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu
akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu
berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak
goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah
segera.
3- LAKSA SARAWAK
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan
bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan
baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak
bahan-bahan : 6-8 orang makan
200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
1/2 kilo udang basah
1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
2 batang serai (diketuk)
200-250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
taugeh (dicelur)
sedikit daun ketumbar (diracik)
limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang
yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian
toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes
laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh,
telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan
dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi
rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
6 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan bakar (dikisar)
segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
sedikit air asam jawa
garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga
pekat.
3- LAKSA PENANG
Bahan bahan
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam
Bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka
Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan
jangan sampai hancur kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya.
Bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.
4- LAKSA SINGAPURA
2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis
Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah
Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.
Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak.
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain
5- LAKSA SIAM
Bahan-Bahan:
600 gm bihun kasar
600 gm ikan kembung
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm belacan
2.5 cm lengkuas
6 biji cili kering
4 biji cili merah
1 biji kelapa
5 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
8 sudu besar minyak
3 helai daun limau purut
Asam jawa secukup rasa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar (dimayang)
3 biji cili merah (dihiris)
1 biji timun (dihiris halus)
1 biji nanas
3 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan
Cara:
Celur bihun hingga masak, tos dan ketepikan.
Rebus ikan kembung. Apabila masak, angkat dan siat-siat isinya. Lecek isinya sehingga halus dan tiada tulang.
Tumbuk atau mesin cili kering bersama bawang merah dan bawang putih.
Tumbuk lengkuas, kunyit hidup, serai berasingan dan ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dimesin bersama belacan. Kacau
hingga kuning. Masukkan kemancar santan dan kacau perlahan-lahan.
Masukkan pati santan dan kacau lagi. Masukkan ikan, daun limau purut,
lengkuas dan air asam jawa. Masukkan garam dan sedikit gula.
Mayang
bawang besar, hiris cili merah, nanas, timun dan bunga kantan untuk
hiasan. Petik daun pudina sehelai-sehelai. Apabila menghidang, letakkan
bihun yang telah dicelur dan taburkan Bahan-bahan Hiasan di atas bihun.
Tuangkan kuah. Jika suka tambahkan otak udang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
comment.comment.comment