CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, 7 February 2016

RESEPI Variasi Sup

1- SUP CENDAWAN


BAHAN-BAHAN:

100gm cendawan tiram
10gm isi ayam | dihiris
2 biji bawang merah | ditumbuk
3 biji bawang putih | ditumbuk
5gm cili padi | ditumbuk
250ml air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi.
2. Selepas itu masukkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan masak.
4. Masukkan cendawan. Kacau rata.
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan bolehlah diangkat.



2- SUP PETOLA TELUR


BAHAN-BAHAN:
1 biji petola | dihiris nipis
20 gm ikan bilis
1 biji telur
750 ml air
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
10 gm daun bawang
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
½ sudu teh kicap cair
Garam dan lada sulah secukup rasa


CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan air bersama petola, ikan bilis serta telur.
3. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan.
 
 


3- SUP SAYUR BEBOLA IKAN & ISI KETAM

BAHAN-BAHAN:
50gm bebola ikan | dibelah dua, digoreng dan ditoskan
50gm isi ketam | dipotong dadu
2 batang sawi Siew Pak Choy | dipotong
½ batang lobak merah | dipotong bulat
1 labu bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih | dimayang
1sm halia | dimayang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 liter air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Setelah bahan tumis wangi dan nampak garing, masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan bebola ikan dan isi ketam. Renihkan seketika.
4. Akhir sekali, masukkan sawi dan lobak merah. Kacau rata dan perasakan.
 
 
 
4- SUP SAYUR SELASIH

BAHAN-BAHAN:

10 biji bebola ikan
300gm pucuk manis
300gm bayam
2 helai daun kunyit
200gm daun selasih
2 biji ubi keledek
1 liter air rebusan ayam

BAHAN TUMIS:
6 biji bawang merah | ditumbuk
2 ulas bawang putih | ditumbuk
50gm udang kering
2 biji cili merah (jika suka)
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis. Biarkan sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bebola ikan.
3. Masukkan air rebusan ayam dan biar sehingga mendidih.
4. Masukkan ubi keledek dan biar sehingga empuk.
5. Apabila sudah empuk, masukkan kesemua sayuran dan biarkan seketika.
6. Hidangkan.





 5- SUP TAUHU CENDAWAN BUTANG


BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu | dipotong empat
3 biji cendawan butang | dihiris
2 biji ubi kentang | dipotong dadu
1 biji bawang merah | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
½ ketul kiub pati ayam
5 tangkai cili padi merah | dihiris serong
1 tangkai daun kucai | dipotong
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak dan tumis bahan cincang sehingga naik bau.
2 Kemudian masukkan kiub pati ayam dan air secukupnya. Kacau rata dan pastikan kiub pati ayam tidak berketul.
3 Seterusnya masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga empuk barulah dimasukkan cendawan butang, tauhu, cili padi merah dan daun kucai.
4 Akhir sekali, perasakan. Sedia untuk dimakan.
 
 


6- SUP TOFU TELUR

BAHAN-BAHAN:

2 batang tofu telur | dipotong ikut suka
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
2.5cm halia | dihiris halus
1 biji putih telur
1 tangkai daun sawi | dipotong
½ biji lada benggala merah ñ dihiris panjang
½ biji lobak merah | diparut
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak jagung untuk menumis

CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak jagung pada kuali dan tumis bahan dihiris halus sehingga kekuningan.
2 Kemudian masukkan air secukupnya bersama daun sawi, lada benggala dan lobak merah. Didihkan.
3 Apabila sayur-sayuran hampir lembut, masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
4 Akhir sekali, masukkan putih telur dan kacau rata. Biarkan seketika dan sedia untuk dihidangkan.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

comment.comment.comment